Hudzaifah
bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang
Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua
sedang bincangkan.?"
Lalu
kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda
Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu
melihat sepuluh tanda :-
- Asap
- Dajjal
- Binatang melata di bumi
- Terbitnya matahari sebelah barat
- Turunnya Nabi Isa A.S
- Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
- Gerhana di timur
- Gerhana di barat
- Gerhana di jazirah Arab
- Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal
maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam
A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar
biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara
kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'. Asap akan memenuhi
timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman
terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir
pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan
dubur mereka.
Binatang
melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat
gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul
Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka
akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila
tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah
orang kafir'.
Turunnya
Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal.
Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan
Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil
dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang
bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka
ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah
diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah
S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan
tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan
tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya
anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara
lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya
akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan
bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir
menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para
ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka
juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda
Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang
yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan,
zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki
taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan
menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih
dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan
aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda
kiamata."
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.


No comments:
Post a Comment